Siakap Keli
Gambar: Omed

(Video) Bergumpal Bulat-Bulat, Kemunculan Awan Mammatus Di Langit Iraq ‘Gemparkan’ Warganet

Kewujudan awan unik dikenali sebagai awan mammatus (mammatus cloud) di Ahmadiya, Iraq pantas menarik perhatian lebih 26 ribu warga maya di Twitter. Gambar tersebut telah dikongsikan dipercayai seorang penduduk tempatan, Omed Muhamad di laman itu pada 16 Jun lalu.

Menurut laman Accuweather, awan mammatus terbentuk apabila udara lembap tenggelam ke dalam udara kering. Secara asasnya, ia merupakan awan yang ‘terbalik’ dan membentuk ciri seperti ‘kantung’.

Diameter bagi satu ‘kantung’ tersebut boleh mencapai saiz dari 1/2 sehingga 2 batu bersamaan kira-kira 3.2 kilometer. Ia juga boleh membentuk kelompok dan memenuhi langit sejauh puluhan batu. Apabila titisan awan dan kristal ais tersejat, awan mamatus akan hilang.

Biarpun ia tidak berbahaya, awan mammatus boleh menjadi tanda kewujudan angin kencang di lokasi berhampiran.

Awan yang sama juga sempat dirakam dua jurugambar, Justin Langford dan friend Alex Riley Thompson selepas kemunculan puting beliung di Iowa, Amerika Syarikat pada 2017.

Justeru, berhati-hatilah jika anda melihat awan ini.

awan mamatus Iowa
Awan mamatus yang muncul di Iowa. (Kredit: The Washington Post)

Sumber: The Washington Post, Accu Weather, Omed

Amira

Love yourself.