Siakap Keli

(Video) Bukan Sekadar Hiasan, ‘Rahsia’ Disebalik Bekas Kiub Ais Yang Mungkin Ramai Tak Sedar

Dengan teknologi yang ada pada masa kini, pelbagai keperluan harian boleh didapati dengan mudah termasuk kiub ais yang bila-bila masa sahaja boleh diambil menerusi mesin penapis air.

Pun begitu, tidak semua orang mempunyai mesin tersebut terutama bagi golongan bujang yang tinggal di rumah sewa.

Seperti yang diketahui, kiub ais biasanya perlu dibuat di dalam bekas yang telah disediakan di dalam peti sejuk.

Pastinya ramai yang pernah mengalami keadaan di mana air yang cuba diisi di dalam bekas tersebut bagaikan tersasar dan hasilnya ruang di dalam bekas tersebut kosong tanpa sebarang air.

Menariknya, satu video yang dimuatnaik di dalam TikTok ini memperlihatkan cara sebenar untuk mengisi air di dalam bekas tersebut.

Menerusi video itu, air sepatutnya dimasukkan melalui titik rata kecil di atas bekas ais tersebut.

Ia akan menyebabkan air mengalir ke kawasan yang rata dan terisi di dalam setiap acuan bekas ais tersebut.

Video itu mendapat jutaan tontonan dan ratusan ribu tanda suka serta dianggap sebagai life-changing.

 

Sumber: Mirror.uk

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa