Seorang lelaki tidak dapat mengawal keterujuaan beliau apabila mendengar laungan iqamah dari masjid berdekatan kediaman beliau. Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna laman Twitter menunjukkan lelaki tersebut berlari sambil menjerit teruja.
“Masjid sudah buka, masjid sudah buka. Saya rasa saya dengar iqamah.”
His excitment to the masjid reopening is a complete mood and is everything.
My heart 😂😭❤ pic.twitter.com/Z6MAfWpdrZ
— StanceGrounded (@_SJPeace_) June 17, 2020
Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Musa Abdul-Aleem merupakan seorang atlet bola keranjang di Qatar. Menurut Musa beliau tidak dapat mengunjungi masjid sejak pertengahan Mac lagi kerana Qatar telah menutup semua tempat ibadah bagi menyekat penularan COVID-19.
Berkongsi di laman Instagram Musa, pada awalnya dia sudah bersiap sedia untuk melakukan solat fardhu Magrib di rumah seperti kebiasaan, tetapi apabila terdengar iqamah selepas laungan azan, Musa terus bergegas ke masjid.
Katanya, keterujuaan dan keseronakan dapat kembali solat berjemaah bersama umat Islam yang lain merupakan perkara yang ditunggu-tunggu sejak perintah berkurung diisytiharkan.
Video tersebut telah mendapat lebih 100 ribu tontonan dan mendapat banyak reaksi dari warganet yang rata-rata terharu dan mengagumi keterujaan dan kegembiraan beliau.
Sumber: @_SJPeace_ Musa Abdul-Aleem