Siakap Keli

Budak Berusia 3 Tahun Terselamat Lepas Terjatuh Dari Bangunan Tingkat 29

Satu kejadian tidak diingini dilaporkan telah berlaku ketika seorang budak lelaki berusia 3 tahun ditinggalkan berseorangan di kediamannya.

Kejadian berlaku ketika kanak-kanak itu cuba naik ke tingkap dapur dari bangku sebelum terjatuh ke bawah hampir 300 kaki, lapor Daily Mail.

Ibubapa kanak-kanak berkenaan yang berkerja sebagai pekerja migran di Wilayah Pusat Henan telah meminta nenek kepada kanak-kanak itu untuk menjaganya dirumah ketika mereka keluar bekerja.

Namun, ayah kepada kanak-kanak itu memberitahu, sewaktu kejadian berlaku neneknya telah keluar dari rumah untuk melakukan kerja dan membiarkan kanak-kanak itu sendirian di rumah menonton televisyen.

Kira-kira 10 minit selepas itu, neneknya telah pulang ke rumah dan mendapati kanak-kanak itu sudah tiada.

Nenek kanak-kanak itu yang cemas segera keluar untuk mencari dan kanak-kanak itu dijumpai kawasan tanaman bunga dibawah bangunan kediaman mereka. Dakwanya, kemungkinan pokok-pokok yang telah patah di luar banggunan itu yang mengurangkan risiko maut kepada kanak-kanak itu.

Kanak-kanak itu segera dibawa ke hospital kanak-kanak Changzhou dan dilaporkan mengalami kecederaan parah di seluruh badan.

Doktor mengatakan kanak-kanak itu dalam keadaan kritikal ketika sampai di hospital dan mengalami kegagalan penafasan. Terdapat beberapa kesan lebam, luka parah diparu-paru, luka di kedua buah pinggang, patah tulang rusuk dan mengalami pendarahan di saluran pencernaannya.

Walau bagaimanapun, budak itu dilaporkan telah kembali sedar dan berada dalam keadaan stabil buat masa ini.

Difahamkan kanak-kanak lelaki itu sedang dalam proses pemulihan.

Sumber: www.dailymail.co.uk

Nurul Najiha

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa