Siakap Keli
Gambar: Bernama

COVID-19: Empat Negeri Catat Pertambahan Kes Baharu Hari Ini

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah menerusi satu perkongsian di akaun Facebook rasminya telah berkongsikan maklumat berkenaan negeri yang mencatatkan pertambahan kes setakat 19 Jun 2020, jam 12 tengah hari.

Menerusi data bilangan pecahan kes harian mengikut negeri yang dikongsikan beliau, hanya terdapat empat negeri sahaja yang mencatatkan pertambahan kes baharu pada hari ini.

Antara negeri-negeri yang melaporkan pertambahan kes positif Covid-19 baharu untuk hari ini ialah Selangor, W.P Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Sarawak.

Menerusi maklumat itu, Selangor telah mencatatkan pertambahan sebanyak 3 kes manakala Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Sarawak pula masing-masing hanya mencatatkan 1 kes baharu sahaja.

Kementerian Kesihatan Malaysia pada hari ini melaporkan terdapat enam kes baharu COVID-19 yang melibatkan dua kes import dan empat kes penularan tempatan.

Sumber: Noor Hisham Abdullah

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa