Siakap Keli
Foto: Dr Sheikh Muszaphar

Dr Halina “Trending” Di Twiiter, Angkasawan Negara Terharu Isteri Hamil Anak Kembar Sekali Lagi

Ramai yang teruja apabila berita gembira yang disampaikan oleh Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor bakal menimang cahaya mata kembar sekali lagi menerusi laman Instagramnya.

Menerusi status tersebut, isterinya Dr Halina kini hamil anak kembar usia 13 minggu dalam kandungan. Ini bermakna untuk sekali wanita ‘beauty with brain’ ini dikurniakan rezeki anak kembar.

Bagaimanapun, di laman Twitter kini ‘trending’ nama Dr Halina menjadi sebutan warganet yang teruja dengan berita gembira tersebut.

Walaupun Dr Sheikh Muszaphar teruja isteri bakal lahirkan anak kembar lagi namun ada juga terselit rasa terharu dengan pergorbanan isterinya untuk kehamilan kali ini.

Menjangkakan kembar lagi, Alhamdulillah, Syukur teramat.

Katanya, ia seperti Deja vu sekali lagi apabila mendapat tahu kehamilan kali ini juga akan mendapat kembar. Kegembiraan ini tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

“Kami sentiasa mahukan sebuah keluarga yang besar tetapi kali ini isterinya mengalami mual berganda, mundah berganda, kembung berganda, keinginan berganda dan pendarahan berganda.”

“Sukar untuk melihat Dr Halina dengan kandungan trimester pertama dan masih bekerja sebagai frontliner bagi merawat pesakit Covid-19.”

Sehubungan itu, dr Sheikh Muszaphar berkata pergorbanan isteri sememangnya berhak untuk disanjung.

View this post on Instagram

Pic – Expecting Twins again … Alhamdulillah – Syukur teramat . Dr Halina is now 13 weeks pregnant with twins . I’m just thrilled , speechless and over the moon … It’s like DejaVu all over again . We have always wanted a big family . But carrying twins during pregnancy is totally high risk as we have experienced that before . Double Nauseous Double Vomiting Double Bloating Double Craving Double Bleeding – which she did It was tough seeing Dr Halina undergoing through her 1st Trimester and still working as frontliners treating Covid patients and she truly deserve my utmost respect . The only thing I could do is to gain weight with her which is part of the deal – Haha Salam Everyone Love As Always Just sharing the good news PS – Do be strong my love . Just hang in there and leave the workload of the kids to me . 😘

A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on

Dalam statusnya sempat berseloroh apabila mengatakan untuk menambahkan berat badan adalah satu perjanjian.

 

Sumber: Ig Dr Sheikh Muszaphar 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang