Siakap Keli

Hos Dapur Gas Bocor, Wanita Ini Kongsi Kebaikan Ada Pemadam Api Di Rumah

Walaupun rumah dianggap sebagai tempat yang paling selamat di dunia, tetapi kadang kala aspek keselamatan sentiasa di pandang remeh oleh sesetangah orang.

Lebih-lebih berkaitan bahan api di rumah terutama sekali tong gas yang digunakan pada setiap masa tetapi jika tersilap sedikit akan mengakibatkan kebakaran dan juga letupan yang boleh membahayakan orang di rumah.

Seorang pengguna laman Facebook berkongsi pengalaman beliau kebakaran kecil yang terjadi di dapur rumahnya kerana kebocoran hos gas. Ikuti perkongsiannya.

Dugaan hari ni, dapur terbakar. Masa menaip ni pun, debar di dada masih belum hilang. Tangan pun masih ketar lagi.

2.15 p.m

CikSue tengah tengok TV dengan anak-anak kat ruang tamu. Tiba-tiba Abang Irfan jerit, “Umi, api!”. CikSue bangkit dan tengok api di dapur belah kiri dah marak sampai ke atas.

Allah je tahu perasaan CikSue masa tu. Dengan anak-anak duk main dekat ruang tamu lagi. Dik Hannah duk ralit bergayut kat sofa. CikSue cuba tenangkan diri, ingat CikSue lupa tutup api. Tapi bila check, dapur tu elok je tertutup.

Masa tu dah start panik. Mujurlah ada dua orang abang tukang yang tengah siapkan rumah kat sebelah rumah CikSue ni. CikSue jerit sekuat hati mintak dia datang tolong. Air mata dah laju mengalir.

Abang-abang tu berlari masuk dalam rumah. Asap dah tebal, dan alarm pun dah berbunyi. CikSue masuk dalam bilik tidur, ambik fire extinguisher, terus CikSue hulur kat diorang.

Mulanya ingatkan api tu dekat atas dapur tu je. Rupanya bila abang tu buka kabinet, api dah marak menyala kat tepi tong gas! Allahuakbar. Rasa nak pitam masa tengok. Mujur tak meletup!

Abang tu pantas bertindak, terus sembur fire extinguisher tu kat punca api dan lepas 5 saat, api padam. Masa tu, ada bunyi desir kuat kedengaran. Abang yang sorang lagi pun terus tutup kepala gas tu.

Allah masih bagi peluang pada kami empat beranak. Kalau abang tu takde, memang CikSue tak mampu buat apa. Mampu tengok je. Masa tu, otak tak mampu nak fikir langsung.

Lepas dah reda, CikSue call encik suami sambil menggigil tahan dari menangis. Suami telefon Bomba, dalam 15 minit dia datang. Bila dia check, katanya hos paip tu dah bocor. Gas duk berkumpul bawah kabinet. Bila CikSue bukak suis elektrik, terus dia spark api.

Katanya lagi, nasib baik rumah CikSue dah ada fire extinguisher tu. Kalau tunggu bomba sampai, alamatnya lagi besar api. Silap-silap bomba sampai, rumah dah hangus dijilat api. Dahlah laluan ke rumah kami ni takde jalan besar. Hanya ada tali air, jadi jentera bomba memang takkan boleh masuk. Jadi sebagai persediaan sebaiknya WAJIB ada Fire Extinguisher ni, sebaiknya 9kg tu.

Lepas ni, dia pesan suruh beli hos hitam yang bergetah. Katanya walaupun mahal sikit, tapi lebih berkualiti dan selamat sebab dia bergetah, elastik dan tak mudah patah. Bila dah jadi macam ni, CikSue dah tak kisah pasal harga. Kalau harga lebih RM1000 pun CikSue sanggup beli daripada tengok satu rumah dijilat api.

Teringat perasaan masa tengah panik tengok api besar tu. Dalam hati duk jerit, “Allah, bagi aku peluang ya Allah. Aku taknak mati lagi ya Allah. Aku takut ya Allah. Tolonglah jangan ambik lagi nyawa aku, aku belum bertaubat ya Allah”

Perasaan tu CikSue takkan lupa. Takut yang teramat sebab sedar diri ni masih berselut dengan dosa.

Semoga pengalaman ini dapat dijadikan iktibar buat sahabat CikSue semua.

Dapur yang terbakar. Bayangkan masa Abang Irfan jerit api, rupanya api tu dah tinggi sama dengan mozek kat belakang tu.

Hos biru tak elok sebab keras. Tersalah bengkok, terus patah dan bocor. Kena pakai hos hitam yang bergetah dan fleksibel.

Ini extinguisher yang suami CikSue beli masa taklimat kebakaran. Dia beli sekali dengan selimut kebakaran dan alarm.

Sumber: Nur Suhaili

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.