Siakap Keli

Lebih 30 Tahun Hidup Bersama-Sama, Suami Isteri Ini Tetap ‘Asing-Asing’ Semua Perbelanjaan

Sepasang suami isteri di China menjadi perbualan hangat di internet minggu lalu apabila kisah mereka yang masih membahagikan duit, kerja rumah malah makanan dalam peti sejuk walaupun telah lebih 30 tahun usia perkahwinan.

Walaupun ramai pasangan yang hangat bercinta masih membayar untuk makanan masing-masing dan ianya sangat normal. Tetapi tidak untuk pasangan yang sudah menjalani kehidupan bersama lebih 3 dekad. Namun bagi pasangan atuk dan nenek ini, membahagi untuk semua perkara sudah menjadi kebiasaan sejak di awal perkahwinan kagi.

Menurut media di China, pasangan ini juga tidak berkongsi tempat tidur. Semua yang ada di rumah mereka dari sinki, baldi, tugas mengemas rumah sehinggalah makanan mereka asingkan. Jika ada masalah seperti mentol rosak, isterinya terpaksa memanggil orang untuk menukarnya kerana suaminya tidak akan membaik pulih kerana lampu tersebut bukan kepunyaanya.

Peti sejuk juga dibahagi dan mereka mempunyai rak masing-masing.

“Kami bergili-gilir memasak dan tidak menggunakan peralatan memasak dalam masa yang sama,” kata suami. “Kadang-kadang selepas saya masak, dia menuduh saya mencuri telurnya.” tambah beliau.

Isteri lelaki tersebut memberitahu wartawan peraturan yang unik ini adalah dari tingkah laku suaminya yang mementingkan diri sendiri. Sejak mereka masih muda, suaminya akan menyimpan semua barang yang dibeli dan tidak pernah berkongsi dengan dirinya. Oleh itu, dia memutuskan untuk mengikuti langkah suaminya.

Yang lebih menarik, pasangan ini percaya sistem dan peraturan unik yang mereka buat ini menjadikan kehidupan mereka lebih aman tanpa pergaduhan. Peraturan mereka ini telah menimbulkan kontroversi diantara warganet di China kerana sesetangah beranggap ianya tidak sesuai dalam alam perkahwinan.

“Saya boleh terima kalau membayar berasingan sewaktu bercinta tetap kenapa perlu diteruskan walaupun sudah berkahwin? Kalau pasangan tidak dapat berkongsi segalanya, bermakna mereka bukanlah pasangan yang baik untuk satu sama lain,” respon salah seorang warganet.

“Sekiranya suami saya hendak kehidupan seperti ini, saya akan pertimbangkan semula keputusan untuk menghabiskan sisa hidup bersama dia,” komen seorang wanita.

Sumber: OddityCentral

Nur Syafiqah