Siakap Keli

Lelaki Pertaruh Nyawa, Buat CPR Untuk Nenek Hidap COVID-19 Tak Sedarkan Diri Sebelum Terima Rawatan

Seorang lelaki di Mexico tidak dapat menahan kesedihan kehilangan orang yang paling disayangi selepas berusaha menyelamatkan neneknya. Kejadian berlaku di tempat letak kenderaan sebuah Hospital di Mexico pada 8 Jun.

Tular di media sosial gambar percubaan seorang lelaki memberikan bantuan pernafasan dari mulut ke mulut kepadanya neneknya yang tidak sedarkan diri disyaki menghidap COVID-19.

Malangnya percubaannya tidak berjaya selepas doctor mengesahkan nenek lelaki tersebut telah meninggal dunia.

Menurut laporan, keluarga lelaki itu pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana nenek mereka menghadapi masalah pernafasan pada waktu pagi dan ketika kejadian berlaku wanita tersebut sedang menunggu giliran mendapatkan rawatan di dalam kereta.

Lelaki tersebut kembali di kenderaan dan melihat keadaan neneknya yang tidak sedarkan diri dan terus melakukan bantuan pernafasan tanpa memikirkan keselamatannya. Ahli keluarga yang lain juga kelihatan bergegas ke tempat kejadian untuk memberikan bantuan namun usaha mereka menjadi sia-sia setelah tidak menerima respon dari nenek itu.

Pada gambar yang diambil kelihatan raut wajah lelaki tersebut yang menangis sambil memegang dan memeluk neneknya.

Doktor dan pembantu perubatan tiba di tempat kejadian dan mengesahkan kematian wanita tersebut setelah membuat pemeriksaan.

Bedah siasat telah dibuat dan mengesahkan nenek itu telah dijangliti COVID-19, walaupun tidak menunjukkan gejala sehingga hari kematiannya. Namun belum ada laporan jika cucunya juga dijangkiti oleh virus ini.

Mexico sebelum ini melaporkan 150,000 rakyatnya telah dijangkiti COVID-19 setakat ini dan menyaksikan pertambahan kes yang banyak setiap hari.

Sumber: AsianOne The Asian Parent SG

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.