Siakap Keli
Kredit: Google/Sakinah mK

Nak Guna ‘Runner’ Sendiri Untuk Shopee? Wanita Kongsi Caranya Yang ‘Seller’ Perlu Tahu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Shopee kini menjadi antara platform e-dagang yang terkenal di Asia. Rata-rata pengguna memilih aplikasi ini berikutan tawaran penghantaran percuma dan kemudahan mencari pelbagai jenis barangan di platform berkenaan.

Bagi para pengguna dan peniaga, cara penghantaran memainkan peranan penting dalam jual beli. Hal ini kerana ia menentukan kepuasan pengguna terhadap perkhidmatan dan keadaan barangan yang diterima.

Ada juga antara pengguna yang lebih memilih untuk pembelian secara bersemuka dengan penjual. Di samping wang dan barangan lebih terjamin selamat, ia juga membolehkan produk tidak tahan lama seperti makanan segar dihantar dengan lebih cepat berbanding pengeposan biasa.

Kepada para peniaga, jom baca bebenang dikongsikan Sakinah mK mengenai cara untuk membuat penghantaran sendiri melalui Shopee.

Daftar masuk ‘Seller Center’

Menu ‘My Shipping’, aktifkan ‘Others’

Muat naik produk

Sebut maklumat penghantaran pada maklumat produk

Boleh set sendiri harga penghantaran

Sumber: Sakinah mK

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.