Siakap Keli
Gambar:BERNAMA

Satu Kluster Baharu Dikesan Di Sarawak Iaitu Kluster Kidurong – KP Kesihatan

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham hari ini memaklumkan bahawa terdapat satu kluster baharu yang telah dikesan iaitu Kluster Kidurong.

“Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan satu kes baharu yang telah dikesan di Sarawak iaitu Kluster Kidurong. Sehingga kini terdapat 6 kes yang telah dikesan di dalam kluster ini.

“Kes indeks adalah merupakan seorang pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam di mana beliau dikesan positif pada 12 Jun 2020, aktiviti pengesanan kes secara aktif  mendapati bahawa ahli keluarga beliau yang juga telah dikesan positif Covid-19 iaitu ibu, bapa dan dua adik beradik beliau.

“Salah seorang rakan kepada ayah kes  ini juga didapati positif Covid-19, menjadikan ini sebagai sebuah kluster baharu iaitu Kluster Kidurong,” katanya.

 

Susulan itu, siasatan dan saringan kontak rapat telah dijalankan di mana setakat ini seramai 231 orang telah dikenalpasti. 163 orang telah disaring dan kesemuanya adalah negatif Covid-19. Punca jangkitan masih dalam siasatan.

Sumber:Kementerian Kesihatan Malaysia

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa