Siakap Keli

SOP Pembukaan Kolam Renang Untuk Orang Awam Akan Dikaji Terlebih Dahulu- Ismail Sabri

Menerusi sidang media terkini Perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang disampaikan oleh Menteri Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri menekankan isu pembukaan kolam renang untuk penggunaan orang awam.

Ahli mesyuarat juga telah berbincang untuk pembukaan kolam-kolam renang yang lain untuk orang awam. Jadi mesyuarat bersetuju pada dasarnya untuk pembukaan kolam di hotel dan kondominium, begitu juga kolam awam. Bagaimanapun SOP tersebut bakal dibangunkan dahulu dan InshaAllah jika ia selesai dibentangkan, kolam renang akan dibuka. (31:47)

Ramai yang berpandangan bahawa kolam renang mempunyai klorine maka ianya selamat digunakan. Namun, keputusan tersebut perlu tunggu dahulu. Dengan satu syarat kolam renang tidak boleh terlalu ramai pengguna.

Dalam sidang media tersebut juga mengatakan bahawa para atlet dan peserta sahaja dibenarkan untuk melakukan aktiviti air tujuan untuk berlatih dengan mengikut SOP yang ditetapkan. Pembukaan kolam renang untuk aktiviti latihan ini akan dibuka bermula pada Khamis depan 25 Jun 2020.

Bagaimanapun, operator perlu mendaftarkan kepada MITI untuk pemberitahuan.

 

Sumber: Sidang Media MKN

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang