Siakap Keli
Gambar: Bernama

TERKINI: 6 Kes Baharu COVID-19 Dan Tiada Kematian Dicatatkan Hari Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa, sebanyak 6 kes positif Covid-19 baru yang dilaporkan sehingga 19 Jun 2020, jam 12 tengah hari.

Pertambahan kes yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif yang dilaporkan di Malaysia meningkat kepada 8,535 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 hanya tinggal sebanyak 344 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan di hospital.

Beliau juga turut memaklumkan bahawa daripada 6 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini, 2 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan seorang warganegara Malaysia dan seorang bukan warganegara yang merupakan pemastautin tetap.

Dalam pada itu, seramai 3 kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi. Pun begitu, tiada kes yang dilaporkan memerlukan bantuan pernafasan.

Pada hari ini, beliau melaporkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 yang dimaklumkan. Justeru jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 121 kes iaitu bersamaan dengan 1.42% daripada jumlah keseluruhan kes.

Sumber: KKM

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa