Siakap Keli
Foto: Siti nadzirah

(Video) Anak Autisme Ada Bakat Istimewa, Suka Belajar & Fasih Berbahasa Inggeris Sejak Kecil

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kebanyakkan ibu bapa yang mempunyai anak-anak Syurga ini sangat bertuah kerana itu adalah amanah yang paling bermakna daripada Allah untuk kita semua. ya, mempunyai anak istimewa ini bukan mudah untuk semua orang, mereka ini perlukan perhatian yang lebih dari dan sangat mudah terguris hati.

Kesabaran adalah kunci utama untuk ibu bapa kerana mereka tidak seprti kanak-kanak normal yang lain. Namun, lain pula cerita daripada seorang ibu yang sangat tabah, Siti nadzirah yang memupnyai seorang anak istimewa autism yang bijak berbahasa Inggeris. Ramai yang kagum dengan kepintaran anak Syurga ini.

Menurut ibu ini, walaupun mereka sekeluarga mendapat tahu bahawa anak sulung mereka menghidapi Austim kategori High Functioning agak lewat umurnya dan mereka tetap besarkan anak mereka seperti kanak-kanak normal yang lain. 

Ikuti kisah dan telatah anak Syurga ini membuatkan korang rasa teruja dan tersenyum.

Anak syurga saya Muhammad Umar Zaqiff. Anak sulung juga cucu sulung dalam keluarga. Doktor category kan Umar sebagai High Functioning Autisme.

To be honest saya dapat tahu autisme Umar pada hujung tahun lepas. Sekarang umur Umar 7 tahun. Selama hari ni saya besarkan dia seperti kanak-kanak lain. Cuma saya agak tegas tapi saya support minat-minat dia.

Contohnya, bila dia tak minat berbahasa melayu, saya tak jadikan perkara tu sebagai satu masalah. Dia memang cenderung berbahasa Inggeris. Umar minat tonton video YouTube, saya berikan tapi saya pantau video yang dia tengok. Games memang saya tak benarkan.

Lepas saya tahu, umar ada autisme, saya masih ikut dan sokong minat dia. Bila buat silap saya tegur dgn tegas. Saya cuba treat dia as if he is normal.

Bukan Umar sahaja mempunyai kebolehan ini, malah ramai di antara anak-anak istimewa ini pandai berbahasa Inggeris dan sangat petah bercakap menerusi komen-komen para ibu dan penjaga anak istimewa seperti mereka ini.

Mula-mula anak saya cakap speaking…

Anak saya suka guna English even bercakap dengan diri sendiri

Macam anak saya sampai sekarang umur 20 tahun masih tak fasih berbahasa Melayu…

Korang boleh tonton gelagat anak Syurga ini yang sangat petah bercakap berbahasa Inggeris. Kita yang tua ni pun boleh kalah kalau dengar dia bercakap.

 

Sumber: Siti Nadzirah

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang