Siakap Keli
sakit perut cirit birit period
Kredit: Google

(Video) Kenapa Ada Wanita Senggugut & Cirit Birit Masa Haid, Ini Penerangan Doktor

Sebahagian wanita mungkin pernah merasai sakit senggugut atau kejang pada bahagian abdomen semasa datang bulan. Ada juga yang mengalami sakit perut dan cirit birit ketika hari awal menstruasi.

Anda tahu kenapa? Menurut Dr Karan Raj, gejala ini berpunca daripada hormon prostaglandin yang dirembeskan rahim ketika tempoh mentruasi. Hormon ini berfungsi untuk mengecutkan otot rahim bagi proses penyingkiran dinding rahim yang menjadi darah haid.

“Prostaglandin boleh memasuki saluran darah dan bergerak ke usus kecil. Ia menyebabkan pengecutan pada usus yang menyebabkan sakit perut dan cirit birit. Prostaglandin juga menyebabkan kadar penyerapan makanan di usus berkurang. Jadi makanan bergerak cepat ke usus besar dan menyebabkan cirit birit,” jelasnya.

Sumber: Dr Karan Raj

Amira

Love yourself.