Siakap Keli

(Video) Perompak Baik Hati, Pulangkan Semula Barang Rompakan Setelah Lihat Mangsa Menangis

Dua individu dipercayai perompak bertindak ‘luar biasa’ apabila niat mereka untuk merompak seorang lelaki penghantar makanan tidak diteruskan.

Menerusi rakaman video berdurasi satu minit yang tular di media sosial, kejadian tersebut didakwa berlaku di Pakistan, baru-baru ini.

Merujuk kepada video yang dirakam daripada kamera litar tertutup (CCTV) dari sebuah premis, kelihatan penghantar makanan tersebut baru sahaja keluar dari kedai bersama sebungkus bungkusan plastik di tangannya.

Namun tidak lama selepas itu, tiba-tiba dua individu tidak dikenali tiba di situ dengan menaiki motosikal dalam keadaan yang tergesa-gesa.

Pada awalnya, salah seorang daripada mereka turun dari motosikal dan mendekati penghantar makanan tersebut sambil berkelakuan seperti menggugut sesuatu serta merampas bungkusan berkenaan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan apakah perbualan yang berlaku di antara mereka, perompak tersebut dengan tidak semena-mena memulangkan semula bungkusan itu.

Akhirnya mereka berpelukan, manakala perompak tadi kelihatan seakan memujuk penghantar makanan tersebut yang dipercayai sedih dan menangis.

Rakaman tersebut tular di Twitter dan beberapa media sosial lain hingga mendatangkan pelbagai respon positif daripada netizen.

 

Sumber: Indian Express, Twitter

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.