(Video)Anggap Sebagai ‘Sahabat’, Lelaki Ini Biarkan Kira-Kira 60 Ribu Lebah ‘Menutupi’ Wajahnya

Seorang penternak lebah di India sangat mempercayai ‘rakan serangganya’ sehingga dia telah membiarkan 60,000 lebah menutupi wajahnya, lapor Daily Mail.

Pemuda yang berusia 24 tahun itu menganggap lebah sebagai ‘sahabatnya’ dan mengatakan bahawa mereka tidak menjadikannya sebagai ancaman. Ini kerana, dia telah memelihara lebah sejak berumur 7 tahun.

Selain itu, penternak lebah ini juga boleh mengalami alergi yang berbahaya. Tetapi, risiko sengatan di bibir atau kelopak matanya tidak membimbangkan. Dia mengatakan bahawa dirinya yang harus dipersalahkan jika mendapat sebarang serangan daripada lebah.

Ketika dia pertama kali diperkenalkan dengan serangga ini, dia sendiri telah dikenali sebagai pemelihara lebah dan pembuat madu kerana lebah merupakan kesukaan ayahnya.

Dia mengatakan pengalaman pertamanya ketika dia meletakkan permaisuri lebah di atas tangannya. Tidak lama kemudian, segerombolan lebah berkerumun menutupi lengannya dalam masa 15 minit. Lebah itu berada ditangannya untuk mencari dan melindungi permaisuri mereka. Keesokkan harinya, dia telah mencuba perkara yang sama dengan meletakkan lebah diatas kepala.

Nature, seen here as a seven-year-old, was first introduced to the buzzing creatures by his father Sajayakumar who is himself an award-winning beekeeper and a honey maker

Dia mengingati pesanan ayahnya untuk sentiasa bersikap tenang dengan lebah dan memperlakukan mereka seperti rakan. Dia berkongsi rasa dengan mengatakan pada awalnya tidak mudah. Tetapi, dia tidak berasa janggal malah berasa bangga.

Kecintaannya kepada lebah telah mendorongnya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang akademik di apikultur dan dia kini sedang belajar untuk sarjana di sebuah kolej di Bangalore, India. Dia turut berhasrat untuk melanjutkan pelajaran kedoktoran dalam bidang ini untuk melindungi lebah dan mengetahui lebih banyak tentang mereka.

Dia berkata “Madu adalah makanan kegemaran dan paling manis di dunia bagi manusia. Setiap orang suka memiliki madu. Tapi, orang sering takut dengan lebah sebab mereka menyengat. Lebah madu adalah serangga utama dalam masyarakat. Ini menjadi tugas kita untuk melindungi mereka kerana tanpa lebah madu, bumi tidak dapat menampung kita semua”.

Sumber: www.dailymail.co.uk

 

Nurul Najiha

Editor: syafiq halim