Siakap Keli
Gambar: Mirror

Wanita Didakwa Tikam Anak Tiri Berusia 4 Tahun Guna Pen Gara-Gara Cemburu

Seorang wanita di Pinrang, Indonesia didakwa telah membunuh anak tirinya yang berusia empat tahun dengan memukul dan menikamnya menggunakan sebatang pen gara-gara cemburu, lapor Mirror.

Menurut pihak polis, wanita yang berusia 27 tahun itu telah memijak mangsa sebelum mengambil pen dan menikamnya di bahagian dada secara berulang kali.

Laporan daripada polis mendakwa bahawa kejadian tersebut telah berlaku pada hari Selasa. Selepas kemarahan dan rasa cemburu menguasai dirinya atas tindakan tersebut, dia berasa sedih dan cuba untuk mendapatkan bantuan namun mangsa telah meninggal dunia tidak lama kemudian.

Menurut polis, suspek bersama anak hasil daripada perkahwinan yang sebelumnya tinggal bersama keluarga tersebut, dia dilaporkan menyerang mangsa kerana suaminya terlalu melebihkan anak tirinya itu.

Suspek turut didakwa tersentak selepas suaminya itu menyuruhnya menghantar anaknya tinggal bersama dengan bekas suaminya.

Selepas kematian mangsa, laporan bedah siasat menunjukkan bahawa ada tanda-tanda yang mangsa mungkin didera secara fizikal oleh suspek sebelum meninggal dunia. Ini kerana, terdapat kesan lebam pada bahagian dada, leher punggung serta pinggul mangsa.

Pegawai polis bernama Dharma Negara menyatakan bahawa: “Mereka adalah janda dan duda sebelum mereka berkahwin dengan sesama sendiri.

“Kedua-dua mereka mempunyai seorang anak hasil daripada perkahwinan sebelumnya. Anak suspek tidak dilayan dengan baik oleh suaminya.”

Bapa mangsa sedang berada di tempat kerja ketika dia mendapati bahawa anaknya telah terbunuh dan lekas bergegas pulang selepas diberitahu oleh jirannya.

Suspek bakal berhadapan dengan tuduhan melakukan pembunuhan terhadap kanak-kanak, dan jika didapati bersalah, suspek boleh dipenjara sehingga 15 tahun, menurut media tempatan.

Sumber: Mirror

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa