Siakap Keli

775 Warga Asing Daripada 13,149 Sampel Saringan Depot Tahanan Dikesan Positif, KKM Kini Fokus Empat Golongan Sasaran

Sebanyak 13,149 kes disampel bagi saringan di depot tahanan seluruh negara setakat 18 Jun, semalam.

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Twitter melaporkan, daripada angka pensampelan itu, seramai 775 kes melibatkan warga asing dan tujuh (7) lagi daripada warganegara telah dikesan positif.

Kesemua mereka sudah diasingkan dan dirawat serta dijalankan pengesanan kes secara aktif.

Susulan itu, KKM kini memberi fokus kepada empat golongan sasaran di depot tahanan, iaitu;

1. Bagi Orang Kena Tahan (OKT) baharu, perlu jalani pensampelan.

2. OKT yang akan dipindah ke pusat tahanan lain perlu disampel.

3. OKT yang akan dihantar pulang ke negara asal perlu disampel terlebih dahulu.

4. Pensampelan semua staf.

Sumber: KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.