Siakap Keli

Ada Yang Sehingga Beratus Tahun, Ini Masa Diambil Setiap Planet Nak Kelilingi Matahari

Sejak sekolah lagi kita didik mengenai kitaran setahun Bumi adalah lebih kurang 365 hari. Mengapa ia dianggap setahun? Hal ini kerana 365 hari adalah kitaran Bumi mengelilingi Matahari dalam orbit.

Semua planet yang ada di dalam sistem suria kita juga mengorbit Matahari. Tetapi, masa yang di ambil adalah bebeza-beza bagi planet yang lain. Ia bergantung dimana terletaknya orbit sesebuah planet.

Planet yang lebih dekat dengan Matahari berbanding Bumi mempunyai tahun yang lebih pendek daripada Bumi. Planet yang lebih jauh daripada Matahari berbanding Bumi mempunyai tahun yang lebih panjang daripada Bumi.

Ini berlaku kerana dua perkara:

  1. Semakin dekat sesebuah planet berada dengan Matahari, semakin berkurang jarak yang diperlukan untuk mengelilingi Matahari. Ia dipanggil Orbital Path.
  2. Semakin dekat kedudukan sesebuah planet dengan Matahari, semakin tinggi daya graviti Matahari menarik planet tersebut. Semakin tinggi daya tarikan tersebut, semakin laju planet berkenaan mengelilingi Matahari.

Mari lihat info grafik dari Planetarium Negara berkaitan berapa lama dalam setahun di setiap planet dalam sistem suria.

Mengambil kira tempoh Bumi mengelilingi Matahari iaitu 365 hari ataupun setahun, planet Utarid hanya memerlukan 88 hari sahaja.

Neptun menjadi planet dalam Sistem Suria yang memerlukan jumlah hari paling lama untuk mengelilingi Matahari iaitu 60,190 hari bersamaan 165 tahun di Bumi.

Mengapa NASA mengambil tahu panjang tahun setiap planet?

NASA perlu mengetahui tempoh planet mengorbit Matahari kerana ia membantu kita untuk melakukan penyelidikan terhadap planet tersebut. Sebagai contoh jika NASA mahu menghantar kapal angkasa dengan selamat, NASA harus mengetahui dan memastikan di mana keberadaan sesebuah planet. Selain itu NASA juga perlu memastikan tiada objek yang lain sepanjang perjalanan tersebut.

Sumber: Planetarium Negara SpacePlace.Nasa

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.