Siakap Keli
Kredit: Google

“Ini Kes Intususepsi”, Tanda-Tanda Usus Terlipat Bahayakan Bayi Mak Ayah Kena Tahu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Najis dan fizikal anak kecil boleh menjadi indikator tahap kesihatan mereka. Malah, adalanya di sebalik tanda fizikal yang dianggap biasa tersembunyi komplikasi serius dialami si anak.

Justeru, ibu bapa perlu memberi perhatian terhadap segala perubahan terhadap si anak terutamanya tanda-tanda luar biasa pada tubuh mereka.

Baru-baru ini, Pegawai Perubatan Pediatrik, Dr Redza Zainol telah berkongsi beberapa tanda intususepsi, iaitu keadaan di mana satu bahagian usus menyusup ke dalam satu sama lain, menyebabkan berlaku penyekatan pada usus.

Mari baca perkongsian beliau.

Jantung berdegup kencang. Hujung jari saya terasa sejuk.

“Najis dia lain la doktor. Sebelum ni tak pernah jadi warna merah. Ni gambarnya.”

Saya tergamam bila ibu tunjukkan gambar najis anaknya pada skrin telefon.

“Ini bukan kes biasa dah ni. Ini ialah kes intususepsi,” kata saya dalam hati.

4 tanda ini ialah tanda kemungkinan besar anak sedang mengalami intususepsi.

  • Muntah berwarna hijau.
  • Najis berwarna jeli merah. Nama lain ialah Red Jelly like Stool atau Currant Jelly Stool.
  • Benjolan pada abdomen berbentuk sosej.
  • Sakit perut yang teruk.

Intususepsi berlaku bila bahagian usus terlipat dan masuk ke dalam bahagian usus yang lain. Usus terlipat seperti teleskop dan menyebabkan salur usus tersumbat.

Semua susu atau makanan dalam usus tak dapat bergerak, maka timbul empat gejala di atas.

Kes begini selalu terjadi pada bayi umur antara 6 bulan hingga 3 tahun. 60 peratus kes berlaku pada bayi bawah umur setahun.

Ia dikira kes kecemasan. Jika lambat dirawat, bahagian usus yang terlipat akan menjadi pucat dan mati.

Sementara itu menurut laman Alo Dokter, antara tanda lain intususepsi adalah rasa mual, sembelit dan rasa nyeri di sekitar perut.

Ia berlaku atas beberapa faktor iaitu sejarah keluarga, usia, jantina, pengalaman mengalami intususepsi dan juga kelainan pada bentuk usus.

Lazimnya, kanak-kanak lelaki empat kali ganda lebih berisiko mengalami penyakit ini berbanding kanak-kanak perempuan.

Keadaan ini akan berisiko menyebabkan jangkitan pada perut atau peritonitis.

Jemput follow dan set See First FB Redza Zainol, supaya tak terlepas info kesihatan bayi dan kanak-kanak yang boleh beri manfaat pada semua.

Lagi banyak ilmu kesihatan bayi dan kanak-kanak di Channel Telegram Dr Redza. Join di sini ➡️ https://t.me/NotaRedzaZainol

Kredit: Redza Zainol
Kredit: Redza Zainol
Kredit: Redza Zainol
Kredit: Redza Zainol

Sumber: Redza Zainol, Alo Dokter

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.