Siakap Keli

Penjual Daging Perlu Ikuti Dua Arahan Ini Untuk Pastikan Daging Kekal Segar

Setiap penjual daging di pasar (atau di mana sahaja) perlu mengetahui kaedah penyimpanan stok daging yang betul agar kualitinya kekal segar.

Selain itu, mereka juga harus tahu prosedur dan piawaian yang telah ditetapkan pihak kerajaan.

Menurut perkongsian oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan, ada dua arahan penting yang perlu diamalkan oleh penjual daging.

Semua daging dingin hendaklah disimpan pada suhu antara minus 1 hingga 10 darjah Celcius.

Manakala bagi daging yang dipamerkan atau didedahkan untuk jualan, ia perlu disimpan di dalam unit penyejukan atau kemudahan bertebat haba yang berkesan serta suhu dikekalkan pada 10 darjah Celcius atau ke bawah.

Perlu diingatkan, bagi penjual daging yang tidak mematuhi arahan tersebut, mereka boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, sekiranya disabitkan kesalahan.

Gambar: Facebook

TAHUKAH ANDA??Seseorang yang menjual daging hendaklah memastikan bahawa;✅ Semua daging dingin disimpan pada suhu…

Posted by Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan on Thursday, June 18, 2020

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.