Siakap Keli
Gambar Via Google

“Penuh Surat Khabar Sejak 1911,” Wanita Ini Temui Pelbagai ‘Peninggalan’ Dalam Rumah Terbiar Dipercayai Berusia Lebih 100 Tahun

Mungkin sukar untuk dipercayai, namun sebuah rumah ladang yang sudah lama ditinggalkan masih lagi berdiri kukuh walaupun sudah berusia lebih 100 tahun. Kelihatan menakutkan, ia memberi peluang kepada seorang jurugambar untuk melihat kehidupan desa yang lebih menarik di kawasan tersebut.

Rumah di County Tyrone, Ireland Utara, itu kelihatan biasa dari luar namun di dalamnya dipenuhi dengan surat khabar sejak tahun 1911, jam yang sudah tidak berfungsi dan kasut pemilik yang ditinggalkan di tempat tidur bertahun-tahun setelah tanah itu dikosongkan.

Rebecca yang merupakan seorang jurugambar dijemput untuk melihat sendiri kotej yang mereput itu selepas pemiliknya meninggal dunia. Walaupun rumah tersebut seperti babak di dalam cerita seram, Rebecca tetap terpesona dengan rumah yang terpelihara dengan sempurna itu.

Kotej tersebut didiami sehingga tahun 2015 oleh tiga saudara lelaki terakhir yang menyimpan semua sejarah keluarga mereka bersama dengan tin-tin makanan yang dipercayai dari awal abad ke-20 ditinggalkan begitu sahaja tanpa dibuka.

Rebecca berkata dia terkejut dengan apa yang ditemuinya iaitu buku-buku, majalah, kertas dan gambar yang bersepah di sekitar kotej pekerja ladang dan ditinggalkan begitu sahaja.

Ratusan surat tulisan tangan juga memenuhi laci dan tiga cerek diletakkkan di atas tungku bersebelahan dengan cawan yang kelihatannya telah diletakkan di sana sebelum ditinggalkan.

Buku-buku dah lama dan surat khabar termasuk Mid Ulster Mail dari tahun 1917 juga ditinggalkan di ruang tamu yang telah ditutup selama lebih dari 50 tahun di samping terdapat satu surat khabar yang melaporkan berita mengenai selepas tenggelamnya kapal Titanic pada tahun 1912.

“Saya perlu mengakui bahawa saya tidak pasti berbaloi untuk masuk ketika melihat suasana luaran rumah itu. Apabila saya membuka pintu, saya betul-betul terpesona,” kata Rebecca.

Sumber: Mirror Uk

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa