Siakap Keli
Gambar: Facebook

“Dekat Segenggam…”, Pemuda Dakwa Jumpa Paku Bertebaran Atas Jalan Di Jalan Skudai – Tampoi

Seorang pengguna Facebook, Khanafi Mohd dalam satu kemas kini status pagi tadi mendakwa menemui puluhan paku dipercayai di kawasan Jalan Skudai – Tampoi, Johor Bahru.

Bagaimanapun, jumlah paku yang dikutip tidak dapat dipastikan tetapi kuantitinya dikatakan mencapai satu genggaman.

Tiada maklumat lanjut dikongsikan bagaimana paku berkenaan boleh berada di kawasan jalan tersebut.

Dalam kemaskini yang sama juga, beliau mendakwa menemui kesan dipercayai curahan minyak dikesan berhampiran selekoh persimpangan Tasek & Danga Bay.

Menurutnya lagi, kira-kira dua kereta didapati berpusing akibat hilang kawalan.

Tangkap layar: Facebook
Gambar: Facebook
Gambar: Facebook
Gambar: Facebook

Sumber: Khanafi Mohd

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'