Siakap Keli

Fungsi reCAPTCHA, “I’m Not A Robot” Ramai Tak Tahu, Siapa Yang Cipta & Penting Ke?

Internet menjadikan kehidupan zaman ini sangat mudah. Apa sahaja yang kita inginkan hanya dengan satu klik semua perkara mudah untuk didapati. Ingin membeli bekalan dapur? Hanya perlu pergi ke laman e-commerce. Ingi melakukan transaksi bank? Hanya perlu gunakan perkhidmatan bank dalam talian.

Namun, seperti semua perkara, ada kelebihan dan kekurangan bagi setiap revolusi teknologi yang di buat. Dalam hal ini salah satu masalah dalam menguruskan laman web digital adalah akses ‘bot’. Dengan berbillion-billion pengguna, perkhidmatan internet ini bukan sahaja di akses oleh manusia, malah robot juga ‘pengguna’ yang setia.

Dari spam di laman web sehinggalah penipuan dalam perbankan, bot berupaya menimbulkan kekacauan. Oleh itu, setiap laman web mula mendapatkan teknologi untuk mengenal pasti siapa sebenarnya yang mengakses laman web.

Google mula mencari penyelesaian dan memperkenalkan ‘reCAPTCHA’. Jika anda sememangnya pengguna internet, pasti anda pernah mengisi perkataan-perkataan yang serong atau kabur sebelum boleh mengakses sesebuah laman web.

‘CAPTCHA’ merupakan istilah pendek bagi ‘Completely Automated Public Turing test to tell Computers and Human Apart. Sistem ini dicipta ooleh profesor dari Universiti Carnegie Mellon dan IBM pada tahun 2000 sebelum teknologi berkenaan dibeli oleh Google pada 2009.

reCAPTCHA adalah perkhidmataan percuma dari Google yang membantu dan melindungi laman web dari spam dan penyalahgunaan. ‘CAPTCHA’ merupakan salah satu ujian  untuk membezakan manusia dan robot ‘bot’.

Jadi secara umumnya ujian ini adalah untuk mengenalpasti ‘bot’. Hal ini kerana, ujian tulisan condong atau kabur ini tidak boleh diselesaikan oleh ‘bot’.

Google juga menambah lagi kerumitan pada tulisan kerana sistem sebelum ini tidak begitu kuat dalam menapis ‘bot’. Hal ini berpunca dari pengodam yang mula mencipta bot yang lebih rumit sehingga berjaya memahami dan menyelesaikan ‘CAPTCHA’ tersebut.

Walaupun sistem ini berkesan dan memberi kebaikan terhadap laman web, sesetengah pengguna merasakan ianya sangat leceh dan mengambil masa yang lama untuk menyelesaikannya lebih-lebih lagi jika pengguna tersebut ada masalah penglihatan.

Oleh itu, pada 14 Disember 2014, Google telah mengembangkan sistem ini kepada versi reCAPTCHA yang terbaharu. Versi ini dapat dilihat dimana-mana pada masa kini. Versi ini hanya memerlukan pengguna untuk mengklik pada ruangan ‘I’m not a robot’ sahaja tanpa perlu menulis.

Tetapi bagaimana dengan hanya mengklik kotak membuktikan anda sebenarnya manusia?

Apabila pengguna klik pada kotak tersebut segala maklumat akan akan dikumpul seperti pergerakan tetikus, cara pengguna ‘scroll’ sesebuah laman web, alamat IP komputer dan banyak lagi. Segala data ini akan dihantar ke Google untuk dianalisis dan disahkan sama ada manusia ataupun bot.

Namun, sistem sebelum ini tidak sepenuhnya diganti kerana jika ada keraguan terhadap data pengguna, Google meminta pengguna untuk menyelesaikan ujian lain. Ia mempunyai persamaan seperti versi yang sebelum ini tetapi daripada tulisan ia ditukarkan kepada gambar.

Kaedah ini memberi manfaat kepada pengguna yang mempunyai masalah penglihatan dimana ia mengurangkan masa dan pengguna tidak perlu menyalin tulisan yang sukar.

Selepas pelancaran versi yang terbaru ini Google telah menerima banyak respon yang positif daripada laman web terbesar seperti SnapChat dan WordPress kerana pengguna begerak lebih cepat berbanding versi yang sebelum ini.

Sumber: ScienceABC Quora support.google

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.