Siakap Keli

Jika Semua Rakyatnya Disaring, Indonesia Pasti ‘Dinobat’ Negara Jangkitan COVID-19 Tertinggi Di Dunia – Pakar

Jika semua rakyat Indonesia menjalani saringan COVID-19, pasti Indonesia bakal ‘dinobatkan’ sebagai negara jangkitan paling tinggi di dunia.

Itu pandangan yang dikemukakan oleh Pakar Politik dan Undang-Undang, Universiti Nasional Jakarta, Saiful Anam mengenai situasi semasa pandemik di sana.

Difahamkan, beliau mengaitkan kenaikan jangkitan yang tinggi dalam kalangan rakyat dengan kelemahan corak kepimpinan presiden, Joko Widodo (Jokowi).

“Keberhasilan presiden dalam memimpin pemerintahan negara ini sukar diukur, terlebih dalam menangani pandemik COVID-19 yang semakin hari semakin memburuk.

“Apalagi dalam (usaha) menanganinya, jelas-jelas ia salah arah. Kerajaan lambat, ditambah lagi dasar-dasar yang berubah serta saling berantakan antara satu sama lain.

“Belum lagi penyelarasan di peringkat daerah yang sangat terasa tempang,” tegasnya kepada Pejabat Berita Politik RMOL, hari ini, memetik laporan Gelora.

Gambar: Agensi

Selain itu, bukan faktor kelemahan pentadbiran kerajaan sahaja yang menyebabkan Indonesia rapuh, dakwanya.

“Banyaknya masalah dari kaedah pengurusan COVID-19 tersebut, mengakibatkan Indonesia menjadi negara tertinggi kes jangkitan berbanding negara-negara di Asia Tenggara.

“Negara tidak terasa berjaya dengan pengendalian wabak. Kita lihat saja, ujian swab dan Polymerase Chain Reaction (PCR) saja sudah mahal, masyarakat sukar untuk mendapatkannya, bagaimana mahu menangani COVID-19 kalau ujiannya saja mahal dan terbatas,” tegasnya lagi.

Saiful yakin, jika semua rakyat Indonesia menjalani saringan, pasti angka positif negara republik itu menjadi paling tinggi di dunia.

Namun disebabkan kit ujian yang terhad, maka data yang ada setakat ini agak sedikit.

“Pemimpin bangsa Indonesia saat ini memiliki kualiti yang buruk.

“Pengendalian yang lambat, tidak terurus dengan baik serta terlalu terburu-buru untuk menerapkan amalan norma baharu,” ujarnya lagi.

Sumber: Gelora

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'