Siakap Keli

Polis Marin Tahan Bot Nelayan Tempatan Disyaki Guna Khidmat Pekerja Warga Asing Tanpa Kebenaran

Sebuah bot nelayan tempatan di kawasan perairan tujuh batu nautika dari Kuala Selangor ditahan kerana disyaki guna khidmat pekerja warga asing tanpa kebenaran.

Pasukan Polis Marin (PPM) menerusi satu kenyataan berkata, bot tersebut ditemui ketika sepasukan anggota bot ronda RH 16 PPM Wilayah (1) Pelabuhan Klang yang diketuai oleh KPL Mohd Redzuan bersama empat (4) anggota sedang membuat rondaan Ops Benteng COVID-19.

“Semasa pemeriksaan ke atas satu (1) tekong lelaki tempatan dan dua (2) awak-awak warganegara Indonesia, (mereka) disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menggunakan pekerja asing tanpa surat kebenaran bertulis daripada Jabatan Perikanan Negeri Selangor.

“Seterusnya suspek bersama bot serta pelbagai jenis ikan seberat 5,000 gram dengan nilai anggaran berjumlah RM300 tersebut diiring balik ke jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Selangor,” kata kenyataan tersebut, semalam.

Kesemua suspek kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Perikanan Kuala Selangor untuk siasatan lanjut di bawah Akta Perikanan 1985.

Gambar: Pasukan Polis Marin
Gambar: Pasukan Polis Marin
Gambar: Pasukan Polis Marin
Gambar: Pasukan Polis Marin

#KONGSIKANOP BENTENG COVID-19 (OP BENTENG LAUT)TANGKAPAN DAN RAMPASAN DI BAWAH AKTA PERIKANAN 1985 OLEH BOTRONDA RH…

Posted by Pasukan Polis Marin on Saturday, June 20, 2020

Sumber: Pasukan Polis Marin

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.