Siakap Keli
tabung kena ada
Kredit: Google

Tiga Jenis Tabungan Anak Muda Kena Ada Sementara Komitmen Masih Rendah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Biarpun umur sudah hampir atau mencecah 30 tahun, masih ada antara kita yang belum mempunyai simpanan. Bagi yang sudah berkeluarga, mungkin alasannya tak cukup wang untuk menyimpan, dan yang bujang pula kadangkala tak nampak betapa mustahaknya dana kewangan.

Ada yang berkata, “Besar periuk, besar juga keraknya”. Tapi dengan periuk canggih sekarang, nasi pun dah jarang berkerak. Apa lagi kalau kita buat bersungguh-sungguh, se’mustahil’ mana pun, kita mampu lakukannya. Bak kata orang tua, “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”.

Semuanya bertitik tolak daripada ilmu, kemahuan dan kesungguhan dari dalam diri kita sendiri. Jika anda belum nampak kenapa kita perlu bersusah-susah dahulu untuk menyimpan, mari baca perkongsian Perunding Hartanah ini, saudara Harith Faisal.

Saya tak faham bila orang muda tak nampak kenapa kena struggle simpan 50 peratus gaji.

Sampaikan ada yang kata, “Banyaknya kena simpan.”

50 peratus tu kalau kau bergaji bersih RM2,000 maka kau kena simpan RM1,000. Kalau tak percaya boleh tekan kalkulator sendiri.

Ada juga yang kata, “Aku tak tau nak buat apa dengan duit tu.”

Meh sini baca.

Ini 3 tabung utama yang kau kena buat:

1. Tabung kecemasan. Mulakan dengan 3 bulan. Bila dah cukup, upgrade jadi 6 bulan. Gaji bersih kau RM2,000 jadi kau kena ada 6 bulan simpanan kecemasan iaitu Rm2,000 x 6 = RM12,000.

Simpanan kecemasan ni kau jangan usik langsung. Boleh guna kalau ada yang cemas-cemas je. Itu pun, lepas guna kau kena cukupkan balik secepatnya.

2. Tabung beli rumah. Kena sediakan 15 peratus daripada harga rumah yang nak dibeli untuk deposit, kos guaman dll. Contoh harga rumah RM150,000 kau sediakanlah 15 peratus iaitu RM22,500.

Tak kisahlah kau kata kau nak beli rumah undercon yang mana modal RM1,000 dapat beli kondo di tengah KL pun. Better kau latih diri untuk simpan duit dulu supaya kau tak terkejut masa nak bayar ansuran kat bank nanti.

3. Tabung kahwin. Ini terpulanglah kau nak sediakan berapa pun. Majlis kahwin kau sendiri kan. Contoh, kau sediakan dalam RM15,500. Jangan kau tanya kenapa bukan RM15,000 atau RM20,000.

Sebabnya saya saja nak genapkan jadi total RM50,000 bila tambah semua 3 tabung kecemasan RM10,000, tabung beli rumah RM22,500 dan tabung kahwin RM15,500 ni. Ha!

Okay. Kalau kau dapat simpan RM1,000 setiap bulan, kau perlukan 50 bulan atau sekitar 4 tahun untuk cukupkan amaun tu. Lama?

Tau pun lama. Jadi, kalau kau santai-santai simpan RM200 sebulan, maka kau perlukan 250 bulan atau dalam 20 tahun baru setel.

Ha! Baru kau nampak apa faedahnya simpan 50 peratus dan bersusah sikit time muda-muda ni. Saya bagi contoh ikut peratus supaya mudah kau nak sesuaikan dengan gaji kau masing-masing.

“Saya gaji RM1,500 tapi nak simpan RM1,000 sebulan juga. Macam tak cukup pula saya nak hidup.

Carilah pendapatan sampingan tambahan RM500. Maka jumlah pendapatan kau jadi RM2,000. Kau guna RM1,000 dan kau simpan RM1,000.

Bagi saya, kalau tak dapat simpan 50% pun, boleh mulakan dengan simpan 30% dulu. Orang muda kena simpan 30% hingga 50% gaji. Komitmen masih rendah.

“Saya dah jimat gila dah. Tapi memang tak dapat simpan duit juga. Gaji saya sekarang RM2,000. Macam mana?”

Sama juga. Tambah pendapatan dan kekalkan gaya hidup kau. Kau spend lah semua gaji kau tu. Pada masa yang sama cari pendapatan tambahan RM1,000. Kau simpan semuanya. Maka kau dapatlah simpan RM1,000 setiap bulan.

Cukup 50 bulan kau simpan, setel dah tabung kecemasan, tabung beli rumah dan tabung kahwin kau. Semoga bermanfaat! Semoga berjaya!

#harithfaisal

Nak FREE nota kewangan, pelaburan & hartanah? Klik link ini dan JOIN, t.me/HarithFaisal

Sumber: Harith Faisal

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.