Siakap Keli

Ini 4 Petua Nak ‘Repair’ Masakan Yang Terlebih Garam Tanpa Guna Air

Pasti ramai wanita yang diluar sana mengalami masalah apabila masakan yang di masak terlebih garam. Perkara macam ni selalu terjadi pada kaum hawa apabila tengah kelam-kabut nak masak di dapur.
Terlebih letak garam dalam masakan seringkali terjadi apatah lagi pada yang baru belajar memasak. Akibatnya, masakan yang dimasak akan menjadi masin dan tidak sedap.
Di sini, ada beberapa petua yang dikongsikan oleh Miya Aira boleh digunakan untuk membantu anda mengurangkan rasa masin dalam masakan.

Petua 1

Dapatkan sejemput kelapa parut dan dijadikan bunjut dengan membungkusnya menggunakan kain jarang.  Masukkan ke dalam masakan yang terlebih masin itu selama 15 hingga 20 minit. Kemudian bolehlah keluarkan bunjut tersebut.

Petua 2:
Cari pelepah pisang sepanjang 4 cm dan bersihkan. Kemudian, masukkan ke dalam masakan sehingga mendidih. Setelah mendidih, keluarkan pelepah dari masakan.
Petua 3:
Masukkan kentang yang dibelah dadu ke dalam masakan yang terlebih masin untuk menyerap rasa masin. Jika tiada kentang, gantikan dengan timun yang dipotong memanjang.
Petua 4:
Tutup masakan yang masin itu menggunakan tudung periuk. Biarkan ia mendidih dan matikan api. Biarkan tudung periuk selama beberapa minit. Kemudian, angkat tudung periuk tersebut dan cuci dengan air bersih. Tanpa mengeringkan tudung periuk tersebut, tutup kembali masakan yang terlebih masin tersebut dan biarkan. Buka hanya apabila ingin menghidangkannya.
Anda pasti akan berpuas hati dengan hasilnya.
Sumber: Miya Aira via MAHN

Nor Azilah