Siakap Keli
Gambar Hiasan Via Google

“Kalau Rasa Dipaksa-Paksa, Memang Dia Akan…” Doktor Ini Kongsi Tips Berdepan Karenah Anak Meragam

Kebanyakan daripada ibu bapa pasti melalui pengalaman melayan kerenah anak meragam. Walaupun ianya memenatkan, namun ibu bapa perlulah menanganinya dengan baik.

Disebabkan sifat kasih dan sayang terhadap anak-anak, ibu bapa perlu meningkatkan tahap kesabaran mereka untuk melayan kerenah anak-anak ini.

Seorang doktor bernama Ahmad Luqman Bukhari, ada berkongsikan tentang tips untuk melayan dan menghadapi kerenah anak-anak meragam ini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Kita yang tak berapa faham psikologi anak, lepas tu selamba je cakap budak tu degil.

Saya dulu hampir jadi macam tu jugak.

Kadang tu nak suruh anak saya pergi pakai pakaian lepas mandi je pun tapi tak selesai-selesai sebab dia asyik duk meragam.

Ada saja benda tak kena.

Mulanya pening kepala jugak kenapalah susah sangat dia ni nak dengar cakap. Rupanya saya ni yang bermasalah sebab saya tak nampak fitrah anak kecil yang sebenar.

Kalau ikutkan lingkungan umur setahun setengah hingga 4 tahun ni, tengah dalam fasa Ego-centric lagi. Anak kita tu duk rasa dialah decision maker yang paling bijak. Paling genius.

Adakalanya kalau dia rasa dipaksa-paksa, memang dia akan meragam dan tak nak buat benda tu.

Sebab tu kita mak ayah lah kena jadi lebih hebat dan kreatif. Ini saya nak kongsi tips paling mudah untuk kita berdepan kerenah macam tu.

-Kita buatkan si kecil tu rasa seolah-olah dia yang berkuasa untuk buat keputusan, dengan cara kita berikan dia pilihan.

-Contohnya kita tanya dia, “Adik nak pakai baju merah ni ke atau baju biru tu?”

-Sebenarnya kita dah tentukan pilihan tu daripada awal. Jadi tak apalah kalau dia pilih pakaian yang mana pun sebab tujuan asal kita memang nak dia pakai baju.

-Yang tak bagusnya bila kita asyik memaksa je. Lagi tak best bila sampai ke tahap tinggikan suara. Itu yang buatkan anak memberontak.

-Namun bila kita dah berjaya tawan hati si kecil dengan cara yang betul, jangan terkejut kalau makin lama dia makin kurang meragam.

Sumber: Ahmad Luqman Bukhari

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa