Siakap Keli
Gambar: Bernama

PKPP: Aktiviti Pawagam, Teater, ‘Live Event’ Dibenarkan Mulai 1 Julai Di Dewan Tertutup Sahaja – Ismail Sabri

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa aktiviti pawagam, teater dan juga live event akan dibenarkan dibuka semula bermula 1 Julai 2020.

Menurutnya, kesemua aktiviti itu hanya dibenarkan beroperasi di dalam kawasan tertutup atau dewan tertutup dengan syarat perlu mematuhi SOP yang dikeluarkan.

“Mesyuarat juga bersetuju untuk membenarkan aktiviti pawagam atau pun panggung wayang, teater dan juga live event, kita benarkan mereka membuka semula. Kebenaran ini juga bermula pada 1 Julai 2020 dan hanya di kawasan tertutup atau pun di dalam dewan tertutup sahaja.

“SOP juga mestilah ketat dari segi kawalan kemasukan, dari segi jumlah tidak melebihi 250 individu setiap pertunjukan dan tertakluk juga kepada keluasan dewan tersebut.

“Kalau dengan penjarakan sosial satu meter kurang daripada 250, maka kuranglah daripada 250 dan tidak bolehlah walaupun kita kata 250, tak boleh mereka benarkan 250 penonton, mesti berdasarkan saiz dewan tersebut.

“Setakat hari ini, kita masih kekal dengan 250, dan sebelum masuk SOP biasa. Cek dari segi suhu badan, pakai topeng muka, cuci tangan dengan sanitizer. Dan di dalam panggung pun mesti diletakkan tanda untuk penjarakan. Jadi kita benarkan mulai 1 Julai”, ujarnya.

Sumber: Bernama

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa