Siakap Keli
Gambar: Bernama

PKPP: Penganjuran Seminar, Mesyuarat, Kursus, Latihan Dibenarkan Mulai 1 Julai – Ismail Sabri

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan penganjuran seminar, mesyuarat, kursus, latihan dengan kehadiran peserta yang tidak melebihi 250 orang.

Menurutnya, kebenaran ini hanya meliputi semua organisasi yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) sahaja.

“Di bawah ROS, ianya merangkumi semua, termasuk parti-parti politik. Parti-parti politik boleh memulakan mesyuarat agung masing-masing mulai daripada 1 Julai 2020.

“Dan selain daripada parti politik, semua pertubuhan-pertubuhan lain yang berdaftar. Persatuan penduduk ke dan semualah persatuan-persatuan yang berdaftar dengan ROS dibenarkan.

“Persatuan-persatuan peladang, Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru (PIBG), Persatuan Belia, Persatuan sukan yang berdaftar dengan pesuruhjaya sukan. Semua persatuan-persatuan in kita benarkan mengadakan mesyuarat agung masing-masing”, ujarnya.

Tambahnya lagi, syarikat-syarikat yang ingin mengadakan mesyuarat agung juga turut dibenarkan.

Syarikat-syarikat yang ingin mengadakan mesyuarat agung mereka boleh dibenarkan. Syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia juga dibenarkan untuk mengadakan mesyuarat agung”, katanya.

Selain daripada itu, koperasi yang berdaftar dengan suruhanjaya koperasi Malaysia juga turut dibenarkan.

Pun begitu, beliau menyatakan bahawa setakat ini kerajaan hanya membenarkan jumlah peserta tidak melebihi 250 tertakluk kepada keluasan tempat dan akan mempertimbangkan sekiranya terdapat penambahan jumlah persidangan.

“Jika ada perubahan dari segi jumlah, misalnya di dalam mesyuarat khas menteri-menteri kita mempertimbangkan untuk menambahkan jumlah persidangan mesyuarat dan sebagainya, maka persatuan-persatuan ini boleh menambahkan jumlah kehadiran berdasarkan jumlah yang akan kita umumkan tanpa perlu lagi merujuk kepada ROS. Tak perlu tulis surat untuk memohon tambahan dan sebagainya”, jelasnya.

Sumber: Bernama

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa