Siakap Keli

Polis Tahan 10 Kanak-Kanak Di India Dipercayai Dalam Perjalanan Ke China Untuk Tuntut Keadilan

Seramai 20 anggota tentera India dilaporkan telah terkorban semasa pertempuran di Lembah Galwan di timur Ladakh pada minggu lalu. Insiden itu dilabelkan sebagai salah satu konfrontasi ketenteraan terbesar dalam lebih setengah abad.

Sejak insiden tragis itu, rakyat India menjadi berang dan media sosial turut dibanjiri dengan perbualan berkenaan memboikot produk China.

Malahan, ada juga yang bertindak lebih agresif dengan menghancurkan barangan buatan China milik mereka untuk menyatakan kemarahan mereka terhadap negara tembok besar itu.

Bukan itu sahaja, sebuah portal berita bernama India Times melaporkan bahawa terdapat sepuluh kanak-kanak lelaki daripada Uttar Pradesh telah mengambil keputusan untuk pergi menuntut keadilan dengan cara mereka sendiri terhadap negara jiran mereka itu.

Dalam satu video yang sedang berlegar di media sosial, pegawai polis telah menghentikan perjalanan sepuluh budak lelaki dari Aligarh yang dalam perjalanan ke China untuk membalas dendam terhadap kematian tentera India minggu lalu.

Semasa polis menghentikan mereka dan menyoal mereka, mereka telah menyatakan bahawa mereka ingin memberi pengajaran kepada China kerana membunuh tentera negara mereka.

Pegawai polis yang menahan kesemua mereka itu berasa agak terhibur dengan jawapan mereka namun kagum dengan semangat mereka.

Walau bagaimanapun, niat kesemua kanak-kanak itu tidak kesampaian apabila mereka telah diarahkan berpatah balik dan pulang ke rumah mereka.

Sumber: India Times

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa