Siakap Keli

Redmi Note 9 Pro, ‘Smartphone’ Kelas Pertengahan Terbaik Yang Boleh Dibeli Tanpa Risau Tengok Harga

Lambakan telefon pintar yang ada di pasaran pada masa kini pasti membuatkan anda pening untuk memilih peranti yang bukan sahaja mempunyai pelbagai ciri khas namun juga dengan harga yang berpatutan sesuai dengan keperluan poket anda. Bagi penggemar telefon pintar, anda pasti tahu bahawa Redmi sememangnya sentiasa menawarkan telefon pintar dengan harga pada peringkat kelas pertengahan.

Simbol telefon pintar kelas pertengahan yang berkuasa dan berpatutan

Tidak perlu dijelaskan lagi, Redmi sememangnya menjadi pengeluar peranti telefon pintar Note Series yang sentiasa dinanti ramai dan ia menjadi simbol telefon pintar kelas pertengahan yang berkuasa dan berpatutan sehingga terjual sebanyak 110 juta unit di seluruh dunia.

Redmi Note 8 dan Redmi Note 8 Pro sebelum ini juga disenaraikan sebagai telefon pintar yang menduduki tangga 10 teratas di peringkat global di Q419 oleh Canalys. Tidak terhenti setakat itu, Redmi Note Series yang legends ini diteruskan lagi dengan pengeluaran siri yang terbaharu pada tahun ini iaitu Redmi Note 9 Pro.

Jom tengok apa ciri menarik yang ada pada note series yang terbaharu ini.

Rekaan seperti kelas bangsawan

Untuk pengetahuan anda, Redmi Note 9 Pro ini merupakan peranti kelas pertengahan dengan rekaan seperti kelas bangsawan. Manakan tidak, ia dilengkapi dengan DotDisplay 6.67 inci yang akan memberikan pengalaman sinematik yang sangat mendalam. Ia telah diperakui oleh TUV Rheinland dari Jerman yang menjelaskan bahawa paparannya bukan sahaja bagus untuk dilihat namun juga dapat melindungi mata anda.

 

Bukan sahaja untuk kelihatan cantik, Redmi Note 9 Pro ini juga dicipta dengan Corning Gorilla Glass 5 pada bahagian depan dan belakang bahkan pada penutup lensa yang membuatkan ia lebih kukuh dan bertahan. Telefon pintar ini hadir dengan tiga warna yang menawan iaitu Tropical Green, Glacier White dan Interstellar Grey. Tropical Green adalah warna yang paling istimewa di antara semua warna kerana ia dilengkapi dengan dua tona warna dan reka bentuk simetri.

‘Performance’ kelas pertengahan terbaik

Peranti ini juga turut dikenali sebagai telefon pintar dengan prestasi kelas pertengahan terbaik yang sangat sesuai untuk bermain games kerana ia dilengkapi dengan pemproses Snapdragon 720 G terkini dengan teknologi proses 8nm sehingga 2.3GHz CPU clock speed dan Adreno 618. Menariknya, snapdragon 720G ini menyediakan prestasi grafik 14% lebih baik dan mempunyai prestasi AI 115% lebih baik berbanding generasi terdahulu.

Redmi Note 9 Pro juga didatangkan dengan bateri 5,020mAh yang boleh bertahan selama lebih dua hari dengan pengecasan pantas sebanyak 30W yang hanya mengambil masa 30 minit sahaja untuk mengecas dari 0% hingga 50%. Anda juga tidak perlu membuat bayaran tambahan kerana pengecas telah diberikan sekali di dalam kotak bungkusan.

Didatangkan dengan kamera AI Quad 64MP serba lengkap

Selain itu, Redmi Note 9 Pro juga didatangkan dengan kamera AI Quad 64MP yang sesuai untuk semua keadaan. Ia dilengkapi dengan 64MP kamera utama, ukuran sensor besar hingga 1/1,72 inci yang membolehkan anda menangkap gambar dengan perincian yang sangat tajam. Kamera tersebut juga boleh menangkap pandangan penuh pada bila-bila masa dan di mana sahaja kerana ia mempunyai 8MP kamera sudut Ultra-wide dengan sudut ultra-wide 119°. Ia juga dilengkapi dengan 5MP kamera Macro dan 2MP Depth Sensor untuk memberikan lebih banyak ‘kesegaran’ bagi pengalaman pengambaran anda selain mempunyai rakaman video 4K yang sesuai untuk para vlogger.

Hanya RM1099!

Jadi, tidak disangkal lagi bahawa Redmi Note 9 Pro sememangnya menawarkan pakej terbaik dalam segmen kelas pertengahan. Hanya RM1099, mana lagi nak dapatkan harga sebegini dengan spesifikasi kelas pertengahan yang sangat mantap. Anda tidak perlu lagi ragu-ragu untuk membeli peranti ini kerana ia mempunyai spesifikasi yang mementingkan prestasi penggunaan yang baik. Redmi Note 9 Pro ini boleh dibeli dari semua kedai Mi yang sah dan juga melalui aplikasi Lazada.

Shop di Lazada sekarang!

https://bit.ly/2yyslIW

 

Sofea

There's always another side to every story