Siakap Keli

TERKINI: 15 Kes Positif Baharu, Tiada Warganegara Dijangkiti Dalam Penularan Tempatan Hari Ini

Sebanyak 15  kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 8,587 kes setakat Isnin (22 Jun 2020), jam 12 tengahari.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 289 kes dan mereka telah diasingkan diberi rawatan di hospital.

Daripada 15 kes baharu dilaporkan, dua kes adalah kes import yang mendapat jangkitan diluar negara. Manakala, 13 kes merupakan penularan tempatan,  di mana kesemuanya adalah kes dalam kalangan bukan warganegara Malaysia.

Tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 di negara ini sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 121 kes atau 1.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sumber: Sidang Media KKM

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.