Siakap Keli

(Video) Sotong Gergasi Terdampar Di Pantai Afrika Selatan, Dipercayai Antara Yang Terbesar Dilihat

Sepasang suami isteri telah menemukan bangkai sotong gergasi di Pantai Afrika Selatan ketika mereka sedang berjalan-jalan di pantai Teluk Brittania, Afrika Selatan. Sotong gergasi ini biasanya hidup diantara 2.000  hingga 3.000 kaki ke dalam laut dan hanya dapat dilihat kira-kira setahun sekali.

Ketika pertama kali melihat bangkai sotong gergasi yang terdampar itu,isterinya mengatakan sotong gergasi itu seperti binatang prasejarah yang megah. Penampakan sotong gergasi ini dikatakan baru pertama kali dilihat dalam habitat semula jadinya sekitar 7 tahun lalu. Ini kerana sotong gergasi yang hidup tidak pernah ditangkap.

Menurut Live Science, mereka menganggarkan sotong gergasi itu mempunyai sekitar 13 kaki panjang dan beratnya hampir mencecah 660 paun. Manakala, sotong gergasi betina pula boleh berukuran sekitar 60 kaki.

Haiwan jenis karnivor yang mempunyai 8 lengan yang lebih panjang, dapat membantu mereka lebih mudah untuk menangkap mangsa.  Tambahan pula. sotong gergasi ini mempunyai mata yang terbesar diantara binatang yang lain dengan anggaran kebesarannya kira-kira satu kaki.

Pasangan yang menemui bangkai sotong gergasi ini tidak mengetahui bagaimana sotong berkenaan mati. Mereka tidak menjumpai sebarang kesan gigitan atau kecederaan di sekitarnya.

Sumber: www.foxnews.com, livescience.com

Nurul Najiha

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa