Siakap Keli

(Video) Wanita Terkejut, Dakwa Siput Hidup Tiba-Tiba Keluar Dari ‘Vietnam Roll’

Bila disebut sahaja ‘vietnam roll’ pasti ramai yang terliur membayangkan bahan-bahan seperti udang, ketam dan sayuran segar yang digulung bersama menggunakan rice paper.

Namun, apa pula rasanya apabila terdapat menu baru vietnam roll yang digulung bersama siput hidup seperti yang dikongsikan oleh seoarang individu menerusi Group Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official.

Individu tersebut yang mendakwa membeli hidangan itu daripada seorang penjual terkejut apabila menyedari terdapat siput yang masih hidup ketika memotong vietnam roll itu dengan menggunakan sudu.

Menerusi video yang dikongsikan, siput berkenaan dilihat masih bergerak di atas pinggan dan berada dalam keadaan baik walaupun telah dibungkus bersama bahan-bahan lain-lain.

Rata-rata netizen yang membanjiri ruangan komen merasa geli dengan hidangan istimewa tersebut dan menyelar peniaga yang tidak menjaga kebersihan.

Mungkin basuh salad sebiji terus

Gelinya ‘free’ siput babi

Terbantut selera

Sumber: Suhailla Az Zahra via MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.