Arab Saudi mengumumkan akan mengadakan ibadah haji dengan jemaah yang akan dihadkan.
Jemaah yang berasal dari pelbagai negara yang sudah menetap di Arab Saudi akan dibenarkan mengambil bahagian menjalani ibadah haji.
Kira-kira 2.5 juta jemaah menunaikan haji tahun lalu namun skala penyebaran Covid-19 yang berterusan di seluruh dunia menyebabkan mereka tidak dapat mengambil bahagian pada tahun ini.
Kementerian Haji dan Umrah Saudi berkata bahawa keputusan itu dibuat kerana mengambil kira pandemik Covid-19 yang masih lagi berterusan dan boleh tersebar ke dalam ruang dan kumpulan yang besar.
“Sebilangan kecil jemaah haji dari pelbagai bangsa yang sudah menetap di Arab Saudi dapat menunaikan ibadah haji,” kata kementerian tersebut dalam satu kenyataan.
#Statement issued by the Ministry of Hajj and Umrah regarding Hajj of 2020 pic.twitter.com/UGCShFZw1n
— Foreign Ministry 🇸🇦 (@KSAmofaEN) June 22, 2020
Sumber: Arab News