Siakap Keli
Gambar Hiasan via Bernama

Hati-Hati Pulang Kerja, Amaran Ribut Petir Bagi Beberapa Kawasan Di 6 Buah Negeri

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga 6 petang dan 8 malam ini.

Amaran yang dikeluarkan pada pukul 3.45 petang tadi melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia. Antara negeri yang dijangka dibadai ribut petir sehingga jam 6 petang ini adalah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Sarawak dan Sabah.

Berikut adalah antara kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir sehingga pukul 6 petang ini:

Kedah: Padang Terap, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Pulau Pinang.

Perak: Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar.

Pahang: Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan bentong.

Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit), Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu) dan Kapit (Song)

Sabah: Tawau (Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Sandakan).

Bagi negeri dan kawasan yang dijangka dilanda ribut petir sehingga jam 8 malam pula adalah seperti berikut:

Sarawak: Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), kapit (Kapit dan belaga), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan marudi) dan Limbang.

Sabah: Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota belud).

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa