Siakap Keli

Objek Dipercayai Bom Dijumpai Di Kawasan Perumahan

Sebuah objek dipercayai sebutir bom telah ditemui di sebuah kawasan perumahan di Batu 14, Hulu Langat Selangor pada petang tadi.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik di Twitter Bernama, bom yang bersaiz sederhana besar itu dilihat diletakkan di atas jalan berhadapan dengan deretan kedai.

Memetik laporan ringkas Bernama, polis telah mengesahkan mengenai kejadian tersebut dan sedang melakukan siasatan terperinci.

Sumber: Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.