Siakap Keli

Semua Dah Status Zon Hijau & Kuning, Hanya Rembau Satu-Satunya Daerah Zon Merah Covid-19

Menerusi laman Twitter rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa hanya di daerah Rembau masih dalam kategori Zon Merah iaitu mencatat sebanyak 57 kes positif sepanjang pergerakan 14 hari taburan kes Covid-19 di Malaysia.

Jelas terpapar di gambar rajah di bawah menunjukkan kebanyakkan daerah di negara ini dilaporan sudah bertukar menjadi Zon hijau dan Zon kuning iaitu masing-masing adalah bawah 40 kes atau tiada kes.

Sehingga ke hari ini juga, 5 negeri serta Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan berstatus zon hijau secara keseluruhan kerana tiada lagi kes aktif di negeri-negeri tersebut.

Di Sabah dan Sarawak, tiada rekod yang mencatatkan mana-mana daerah mewakili zon merah kecuali di beberapa tempat yang direkodkan adalah zon kuning tetapi angka kes positif tidak melebihi 10 kes.

 

Sumber: KKM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang