Siakap Keli
Gambar: Bernama

TERKINI: Hanya 3 Kes Baharu Covid-19 Dan Tiada Kematian Dilaporkan Hari Ini

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat 9 pesakit Covid-19 yang telah discaj, 3 kes positif baharu dan tiada kematian berkaitan Covid-19 dicatatkan hari ini.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan, jumlah discaj baharu itu menjadikan jumlah kumulatif discaj meningkat kepada 8186 atau bersamaan dengan 95.3% secara keseluruhannya.

Tiga kes baharu yang dilaporkan hari ini pula menjadikan jumlah kumulatif kes yang dilaporkan di Malaysia bertambah kepada 8,590. Oleh yang demikian, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 hanya tinggal sebanyak 283 kes sahaja. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Dalam pada itu beliau memaklumkan bahawa kes baharu yang dilaporkan pada hari ini terdiri daripada kes penularan dalam negara.

“Ingin dimaklumkan bahawa semua kes baharu yang dilaporkan adalah kes penularan di dalam negara, iaitu dua (2) kes adalah bukan warganegara dan satu (1) kes adalah warganegara Malaysia.Tiada kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dilaporkan hari ini.”, ujarnya.

Daripada jumlah itu, sebanyak 3 kes yang dilaporkan sedang dirawat di unit rawatan rapi. Namun, tiada pesakit yang dilaporkan memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam pada itu juga, tiada kes kematian berkaitan Covid-19 yang dicatatkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian kekal sebanyak 121 kes atau bersamaan dengan 1.4% secara keseluruhannya.

Sumber: Noor Hisham Abdullah

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa