Siakap Keli

Dietition Kongsi Kuantiti Nasi Yang Disarankan Untuk Sesiapa Yang Ingin Menurunkan Berat Badan

Pasti ramai diantara kita yang mencuba pelbagai tips diet yang disarankan oleh ramai orang. Ada yang mengamalkan diet rendah kalori, rendah karbohidrat dan juga ada saranan diet untuk berpuasa dalam tempoh tertentu. Kurangkan pengambilan nasi dan tidak makan nasi langsung juga antara usaha sesetengah orang dalam mengurangkan berat badan. Tapi berat badan masih sama juga.

Sebenarnya nasi bukanlah yang menyebabkan peningkatan berat badan tetapi yang tidak betul adalah cara kita mengambil. Tidak salah untuk mengikuti tips yang kita jumpa di internet tetapi yang penting adalah untuk mengenali tubuh badan sendiri dan mengikuti saranan yang diberikan oleh doktor perubatan dan dietition.

Setiap orang mempunyai sistem badan yang berbeza, ada yang cepat penurun berat badan dan ada yang lambat sehingga mengambil masa bertahun-tahun.

Ikuti perkongsian pakar dietition, Siti Amirah Shalihin yang menerangkan saranan kuantiti nasi yang boleh diamalkan untuk sesiapa yang ingin menurunkan berat badan.

SARANAN KUANTITI NASI, BANYAK MANA SUKU PINGGAN?

Bila Dietitian pesan makan nasi suku pinggan, ada yang tinggi betul suku nasi dia. Ada pula yang secuit pula suku nasinya.

Bila kata 2 senduk rata, macam-macam saiz pula senduknya. Nasib tak pernah lagi tunjuk saiz senduk kawah.

Jadi ini Cik SAS sertakan gambar biar jelas, terang dan mudah faham bagaimana suku pinggan itu menggunakan konsep pertukaran unit karbo.

  1. Bagi wanita, suku pinggan boleh ambil 2-3 pertukaran nasi. Bersamaan 2-3 senduk nasi rata atau 8-12 sudu makan.
  2. Bagi lelaki pula, suku pinggan boleh ambil 3-4 pertukaran nasi. Bersamaan 3-4 senduk nasi rata atau 12-16 sudu makan.

Boleh makan 1 cawan nasi. Jangan mampat-mampat gaya nasi impit

Saranan kuantiti nasi untuk wanita: 2 senduk rata sekali makan.

Saranan kuantiti nasi untuk lelaki: 3 senduk rata sekali makan. Sehari boleh makan 3 kali.

Saranan untuk wanita, 8 sudu makan sekali makan.

Saranan untuk lelaki, 12 sudu makan sekali makan. Sehari boleh makan 3 kali.

“Kalau nak ambil kurang lagi boleh ke Cik SAS?”

Minimum untuk wanita adalah 2 senduk nasi rata dan 3 senduk nasi rata bagi lelaki untuk 3 kali hidangan utama: sarapan, tengahari dan makan malam.

Kuantiti ini penting untuk memastikan tubuh badan, fizikal, mental dan emosi kita kekal berfungsi dengan baik walaupun dalam proses penurunan berat badan.

Kalau berdiet tapi cepat melenting, penat ada la tu yang tak kena. Besar kemungkinan terlalu lesu kerana kurang karbohidratnya.

“Kalau tak nak makan nasi, boleh ke Cik SAS?”

Boleh tak ada masalah. Gantikan dengan sumber karbohidrat lain seperti kentang, ubi keledek, roti, tosei, capati, oat, bubur dan sumber karbohidrat kompleks yang lain.

Cik SAS,

Dietitian suka berkongsi fakta.

Sumber : Siti Amirah Shalihin

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.