Siakap Keli
FOTO:APNEWS

Novak Djokovic Dan Isteri Sah Positif Covid-19 Selepas Pulang Dari Croatia

Pemain tenis lelaki nombor satu dunia, Novak Djokovic yang berasal dari Serbia ini telah disahkan dijangkiti Covid-19 selepas beraksi dalam satu perlawanan pertunjukkan di Croatia pada minggu lalu.

Menurut laporan AP News berkata, pertunjukkan tersebut dikatakan tidak menjaga penjarakan sosial antara satu sama lain. Bagaimanapun, Djokovic telah menjalani ujian Covid-19 pada Isnin yang lalu setelah kembali ke Belgrade.

Hal ini juga telah menyebabkan isteri pemain tenis ini turut dijangkiti Covid-19 manakala anak-anak mereka tidak dijangkiti oleh pandemik wabak tersebut.

Sebelum itu, pemain Crotia, Borna Coric, Grigor Dimitrov dari Bulgaria dan Viktor Troicki (Serbia) turut positif Covid-19 selepas beraksi pada kejohanan pertunjukan tersebut atau dikenali sebagai Jelajah Djokovic Adria.

“Malangnya, virus ini masih ada ini masih ada dan ia adalah situasi baharu yang perlu kita pelajari dan hadapi. Kmi juga mnganjurkan kejohanan ini di saat virus itu semakin lemah.”

“Saya sangat menyesal dengan setiap kes jangkitan yang berlaku. Saya harap ia tidak akan merumitkan keadaan kesihatan seseorang dan semua orang akan berada dalam keadaan baik saja,” katanya dalam satu sidang media.

Susulan daripada itu, Djokovic akan mengasingkan dirinya selama 14 hari sehingga tiada simptom Covid-19 dalam dirinya. Beliau juga akan melakukan sekali lagi ujian dalam masa lima hari lagi.

 

Sumber: AP News

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang