Siakap Keli

Ruang Makan Nampak Mewah, Wanita Kongsi Tips Deco ‘Accent Wall’ Yang Digilai Ramai Ini

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sebelum ini ‘waincosting’ menjadi kegilaan orang ramai untuk  menghiasi dinding rumah lebih-lebih lagi ramai yang berkongsi tips dengan bajet yang sedikit.

Tetapi tidak semua rumah sesuai reka bentuk ‘waincosting’. Oleh itu ramai pengemar deko mula mengikuti trend terbaru iaitu  ‘accent wall’ menghias dinding rumah yang kelihatan kosong.

Jika ada yang tidak tahu, ‘accent wall’ merupakan satu dinding yang menjadi tumpuan utama tidak kira di ruang tamu, ruang makan mahupun bilik tidur. Dinding ini sering direka bentuk menjadikannya ia berbeza berbanding dinding yang lain.

Menerusi laman Kelab Kaki Deko, ramai yang berkongsikan reka bentuk ‘accent wall’ yang pelbagai mengikut kreativiti masing-masing. Ada yang menukar cat dinding dan hiasi dengan pelbagai hiasan dan ada yang sanggup bertukang.

Seorang pengguna laman Facebook, Puan Nurlailah Khadijah berkongsikan proses membina ‘accent wall’ di ruang makan beliau yang kelihatan sangat mewah. Ikuti perkongsian beliau.

Salam Kelab Kaki Deko

Sebab ramai dah buat wall accent ni, sis pon terjebak dengan suami projek terbaru hujung syawal wall accent bercorak ‘herringbone’ untuk ruang makan kami.

Before : Biru turquoise

After : pink blush (kod cat gambar last)

SEBELUM

Ini dinding ruang makan sebelum.

PROSES DIY WALL ACCENT

Mula-mula buat frame

Kayu untuk buat frame boleh dibeli di Shopee dan LAZADA.

Lepas frame baru buat setiap tulang dia.

Encik suami letak filler lepas itu asah kayu yang kasar

Filler boleh dibeli di Shopee dan LAZADA.

Proses letak filler

Seterusnya cat coating

Coating paint boleh dibeli di Shopee dan LAZADA.

Seterusnya, car pakai warna idaman.

Jenis cat jotun

Cat dinding boleh dibeli di Shopee dan LAZADA.

Horayyyyyy boleh tidur tersenyum isteri

SELEPAS

Sebab kami memilih design corak herringbone, jadi takperlu gantung frame nanti nampak sarat

Sumber: Nurlailah Khadijah

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.