Siakap Keli

Tikus Berkeliaran Dengan Hurungan Najis, DBKL Gempur & Tutup Sebuah Kilang Memproses Mi Di Segambut

Sebuah kilang memproses mi di Segambut, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diarah tutup selepas digempur penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini.

Operasi pemeriksaan sanitasi oleh Unit Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL itu mendapati premis berkenaan beroperasi dalam kotor dan menjijikkan.

“Terdapat tikus berkeliaran di sekitar tempat pemprosesan makanan beserta hurungan najisnya.

“Lantai dan dinding tempat penyediaan makanan juga kotor serta berdaki hitam, selain tandas kotor dan berbau,” jelas dalam satu kenyataan, hari ini.

Gambar: DBKL

Selain itu, tiga pengendali makanan yang bekerja di situ adalah daripada kalangan warga asing.

“Mereka tidak mempunyai suntikan tifoid serta tidak memakai penutup kepala dan apron semasa mengendalikan makanan.

“Peralatan, kelengkapan serta mesin pemprosesan makanan juga didapati berada dalam keadaan kotor dan usang,” tambah kenyataan itu lagi.

Difahamkan, premis tersebut tidak melantik syarikat kawalan serangga perosak secara berjadual, selain lokasi dan keadaan strukturnya tidak sesuai dijadikan kilang pemprosesan makanan.

Sehubungan itu, Tindakan Penutupan Premis di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 berkuatkuasa 24 Jun, hari ini dilaksanakan.

Orang ramai boleh membuat aduan berhubung isu kebersihan kepada Pusat Panggilan Setempat DBKL melalui talian 1-800-88-3255 atau terus ke Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL.

Gambar: DBKL
Gambar: DBKL
Gambar: DBKL
Gambar: DBKL
Gambar: DBKL
Gambar: DBKL
Gambar: DBKL
Gambar: DBKL

 

 

Gambar: DBKL
Gambar: DBKL

Sumber: DBKL

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'