Seorang ibu telah menunjukkan reaksi anaknya selepas melihat satu rancangan di television yang menunjukkan wataknya dalam rancangan berkenaan tidak tinggal bersama ibubapanya. Anaknya segera bertanya mengapa ia terjadi seperti itu.
Sebagai seorang ibu, dia cuba menjelaskan dengan baik kepada anaknya. Dia memberitahu, apabila anak-anak meningkat dewasa, mereka selalunya akan berpindah keluar dari rumah. Ternyata, reaksi anaknya sangat menyedihkan pada ketika itu.
Anaknya mula menangis selepas memikirkan kehidupan yang akan dilalui tanpa kehadiran dirinya sebagai ibu. Dia lansung dapat merakam detik itu di dalam kamera miliknya.
Ibu ini telah berkongsi mengenai perkara tersebut, rata-rata ada yang mengatakan ‘perkara yang paling manis pernah ada’. Reaksi anaknya yang tidak dibuat-buat itu menarik ramai orang menontonnya.
Ada juga yang meninggalkan komen lucu, “Anak lelaki saya yang berusia 4 tahun memberitahu saya bahawa dia akan tinggal dirumah selamanya kerana memberi makan, tidak ada sebab lain”.
Terlihat anak ini sangat sayang dengan ibunya sehingga tidak mahu berpisah. Pemikiran yang matang walaupun usianya baru 5 tahun.
Sumber: www.mirror.co.uk