Siakap Keli
Kredit gambar: BERNAMA

(Video) Pemandangan Penempatan Dipercayai Turut Didiami Segelintir PATI Di Bukit Malut, Langkawi

BERNAMA TV menerusi halaman Facebook berkongsi beberapa keping gambar yang menunjukkan pemandangan penempatan Bukit Malut, Langkawi dipercayai turut didiami segelintir PATI dari udara.

Difahamkan, rakaman gambar diambil dari pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) oleh BERNAMA dalam satu tinjauan, baru-baru ini.

Gambar-gambar adalah seperti berikut:-

Gambar: BERNAMA
Gambar: BERNAMA
Gambar: BERNAMA
Gambar: BERNAMA

Langkawi adalah salah satu kawasan hotspot pendaratan PATI dari etnik Rohingya.

Sebelum ini, beberapa kali cubaan PATI Rohingya untuk menceroboh masuk perairan negara dan mendarat di kepulauan tersebut menemui kegagalan ekoran ia berjaya dihidu pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Antara yang paling mengejutkan adalah penemuan mayat wanita warga Rohingya dalam bot yang ‘berhijrah’ bersama-sama dengan 269 PATI yang lain.

269 PATI ‘berhijrah’ bersama mayat

Cubaan 269 PATI Rohingya untuk menceroboh perairan Langkawi ditumpaskan APMM dalam satu operasi pada awal bulan lalu.

APMM menerusi satu kenyataan berkata, operasi oleh Pasukan Polis Marin dan Kapal Maritim (KM) Kimanis itu pada awalnya berjaya mengesan lokasi serta memintas bot PATI tersebut untuk mengusirnya semula ke perairan antarabangsa.

“Ketika KM Kimanis menghampiri bot tersebut, seramai 53 orang PATI Rohingya telah terjun ke laut berenang menuju ke pantai dan kesemua mereka telah berjaya ditahan oleh pihak APMM yang tersedia di daratan.

“Ketika pemeriksaan ke atas bot dijalankan didapati seramai 216 PATI Rohingya dan seorang mayat PATI wanita dijumpai di dalam bot tersebut,” kata kenyataan itu pada 8 Jun lalu.

Kredit: BERNAMA

Mengulas lanjut, pemeriksaan juga mendapati kesan bot telah sengaja dibocorkan dan enjin bot tersebut telah mengalami kerosakan yang teruk dan tidak dapat dibaiki.

Difahamkan, kerosakan yang dialami itu menyebabkan tindakan pengusiran tidak dapat dijalankan.

BACA: APMM Jumpa Mayat Dalam Bot PATI Rohingya Yang Ditahan Cuba Ceroboh Perairan Langkawi

Dalang seludup PATI diburu

Selain itu, dalam satu laporan lain, Komander Pasukan Petugas Kebangsaan (NTF), Laksamana Madya Datuk Aris Adi Tan Abdullah berkata, pihaknya akan memperhebatkan usaha membanteras penyeludupan PATI yang didalangi kebanyakannya tekong terdiri daripada rakyat tempatan.

NTF juga membuat pemantauan kira-kira 500 laluan tikus masing-masing di Sabah dan Sarawak, yang dijadikan laluan untuk membawa masuk PATI.

“Selat Melaka dan Selat Singapura juga adalah laluan maritim yang sibuk dengan pergerakan kapal dagang.

“Maka, pendatang asing tanpa izin khususnya di barat dan selatan Semenanjung mengambil peluang dengan menggunakan laluan kapal dagang untuk masuk ke perairan negara,” katanya, memetik laporan BERNAMA pada 20 Jun lalu.

BACA: Tekong perjudikan kedaulatan negara seludup PATI diburu – NTF

 

Sumber: BERNAMA TV

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.