Siakap Keli

Banjir: Mangsa Banjir Johor Tinggal 284 Orang

JOHOR BAHRU, 25 Jun – Jumlah mangsa banjir di Johor mengalami penurunan mendadak kepada 284 orang daripada 75 keluarga, berikutan penutupan empat lagi pusat pemindahan sementara (PPS).

Pagi tadi, 475 orang daripada 115 keluarga direkodkan yang mendapat perlindungan di sembilan PPS.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan berkata empat PPS itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Batu 18, SK Kampung Melayu Raya, Sekolah Agama Tiga Serangkai dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Benut, yang ditutup secara berperingkat sejak 1 tengah hari tadi.

Bagaimanapun, terdapat satu PPS dibuka di Daerah Batu Pahat sekali gus menjadikan sebanyak enam PPS yang masih beroperasi di negeri ini.

“Muar masih mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 157 orang daripada 44 keluarga, diikuti Batu Pahat iaitu 113 orang daripada 27 keluarga,” katanya menerusi satu kenyataan, di sini, hari ini.

Manakala Pontian pula hanya seramai 14 orang melibatkan empat keluarga.

 

Sumber: Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang