Siakap Keli
Gambar: Goodyfeed

Boleh Cuba Buat, Tips Baiki Leher Baju ’T-Shirt’ Supaya Tidak Mengembang

Tidak perlu dijelaskan lagi, t-shirt sememangnya menjadi pakaian yang wajib ada di dalam almari setiap orang.

Ada sesetengah orang yang akan memakai baju t-shirt setiap hari walaupun hanya berada di rumah.

Disebabkan itu juga, baju t-shirt tersebut akan mengalami beberapa ‘kerosakan’ kerana ia sering dibasuh termasuk pada leher baju yang semakin hari kelihatan semakin mengembang dan longgar.

Jangan risau kerana seorang pakar dari Jepun ini berkongsi cara bagaimana untuk mengembalikan leher baju tersebut sama seperti pertama kali ia dibeli.

Muncul dalam sebuah rancangan di Jepun, pakar dobi mengatakan bahawa sebab utama berlakunya masalah ini adalah kerana cara mengeringkan pakaian yang salah. Sekiranya baju itu sangat lembap, leher baju akan menjadi lebih mengembang.

Memetik dari portal TEEPR, hanya tiga bahan sahaja yang digunakan untuk membetulkan kembali leher baju tersebut iaitu semangkuk ketulan ais di dalam air, seterika dan meja atau permukaan yang rata.

Ikuti langkah-langkah tersebut.

Melipat bahagian leher baju berulang kali seolah-olah seperti gelombang.

Selepas itu, rendam bahagian tersebut di dalam ais.

Kemudian, seterika bahagian leher baju secara menegak namun pastikan ia tidak kering sepenuhnya.

Akhir sekali, baju tersebut perlu dijemur agar ia akan lebih kering dan hasilnya sangat menakjubkan.

Sumber: TEEPR

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa